Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Justice On Wheels (JOW) pada 19 dan 20 April ini, di Tapak Kaul Mukah, Pantai Kala Dana, Mukah.

Temui van bergerak JOW di Kaul Mukah 2025

MUKAH, 12 April: Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2025 iaitu Persatuan Melanau Mukah berkolaboratif dengan Jabatan Bantuan Guaman Sarawak dan Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sibu menganjurkan Program Justice On Wheels (JOW) pada 19 dan 20 April ini, di Tapak Kaul Mukah, Pantai Kala Dana, Mukah.

Program yang berupa Kaunter Terbuka dan Van Bergerak JOW JBG tersebut akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang yang memberikan khidmat nasihat Undang-Undang Syariah, seperti Prosedur Perceraian dan Hak Penjagaan Anak, Tuntutan Harta Sepencarian, Nafkah Anak, Iddah dan Mutaah serta Pengurusan Hibah dan Wasiat.

Untuk Undang-undang Sivil pula, Nasihat Guaman Profesional berkaitan perceraian bagi bukan Islam, Nafkah, Surat Kuasa Mentadbir, Anggapan Kematian dan Pengangkatan Anak dan Prosedur Sah.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Cawangan Sibu, Norhayati Abu, objektif JOW adalah untuk mendekati masyarakat setempat dalam usaha JBG menyampaikan maklumat khidmat yang ditawarkan oleh JBG dari segi khidmat nasihat dan juga bantuan guaman kepada golongan yang berkelayakan selaras dengan Akta Bantuan Guaman 1971.

“JOW juga mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat mengenai hak mereka.

‟Kami akan membantu anda semua untuk anda membuat keputusan yang tepat dalam permasalahan anda. Jangan lepaskan peluang ini, dapatkan nasihat guaman dengan bayaran serendah RM10.00,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Persatuan Melanau Mukah juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan syarikat sempena Kaul Mukah 2025 dengan menganjurkan Pameran dan Kaunter Terbuka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan