Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan kendiri yang mengorbankan seorang penunggang motosikal di Jambatan Tun Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin pada Jumaat. Foto IPD Kuching

Penunggang maut, motosikal terbabas di Jambatan Tun Salahuddin

KUCHING, 12 April: Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas jalan raya di Jambatan Tun Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berumur 22 tahun yang datang dari arah Petra Jaya menghala ke Pending hilang kawalan dan terbabas sendiri ke bahu kiri jalan kira-kira jam 3.00 petang.

“Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Beliau menyeru agar mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Russell Stetson Junner di talian 013-8578601 / 082-259900 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah serta sentiasa mematuhi peraturan-peraturan jalan raya yang ditetapkan untuk mengelak bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan