Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mohd Chee dan isteri, Datin Meryani Yassin menyerikan sambutan Ramah Tamah Aidilfitri SMK Kabong pada Jumaat malam. Foto Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

BDDA peruntuk RM 500,000 bagi bina dewan baharu

KABONG, 12 April: Sejumlah RM500,000 Diperuntukan bagi menaik taraf dewan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong di sini.

Peruntukan tersebut disediakan oleh Kerajaan Sarawak melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur pendidikan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan itu merupakan bukti keprihatinan kerajaan terhadap keperluan pelajar dan warga sekolah bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif.

“Dengan adanya dewan yang dinaik taraf, pelbagai program dan aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lebih lancar dan selesa, termasuk majlis rasmi, peperiksaan serta aktiviti kokurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Riang Ria Raya Peringkat SMK Kabong, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Chee berharap agar projek tersebut dapat dilaksanakan dengan segera demi manfaat pelajar dan guru sekolah berkenaan.

Program diserikan dengan pelbagai pengisian antaranya, Pertandingan Menu, Pertandingan Musang Berjanggut, Pertandingan Menganyam Ketupat, Pertandingan Khemah, Pertandingan Busana Kanak-Kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak danKaraoke Raya.

Pada masa yang sama sebanyak lima buah khemah turut dipertandingkan yang terdiri daripada khemah rendang, khemah kelupis, lemang, ketupat dan dodol.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah (PPD)
Sektor Pembangunan Bakat Murid, Zulkarnain Ahmad, PPD Saratok, Noor Azrinawati Marsit, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kabong, Laksamana Bakar, Yang DiPertua PIBG SMK Kabong, Majenin Jahar dan Guru Besar SK Abang Leman Kabong, Sani Mohd.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan