Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China. Foto fail AFP

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 April: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara yang berjaya mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di Ningbo, China selepas menumpaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di pusingan suku akhir pada Jumaat.

Juara dunia 2022 itu tidak berdepan masalah apabila memperoleh kemenangan straight set 21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

Pilihan keenam kejohanan itu dijadual bertemu wakil tuan rumah Liang Wei Keng-Wang Chang bagi memburu slot ke perlawanan akhir Ahad ini.

Terdahulu Wei Keng-Wang Chang mara selepas menundukkan gandingan Indonesia Shohibul Fikri-Daniel Marthin 21-19, 21-19 dalam tempoh 42 minit.

Dalam pada itu hasrat pilihan pertama kejohanan dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila tunduk kepada pasangan China Chen Bo Yang-Liu Yi.

Bagaimanapun Bo Yang-Liu Yi tidak diberi laluan mudah oleh beregu utama negara itu apabila dipaksa bermain tiga set sebelum memenangi aksi itu 21-16, 18-21, 22-20 yang berlangsung lebih satu jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan