Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 263 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, susulan banjir yang melanda daerah Nabawan. Foto APM Negeri Sabah (FB)

263 mangsa dipindahkan akibat banjir di Nabawan

ByBernama

KOTA KINABALU, 11 April: Seramai 263 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini, susulan banjir yang melanda daerah Nabawan.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan sebanyak empat PPS telah dibuka setakat 8 malam ini.

Beliau berkata sebanyak 142 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan, diikuti Dewan Kampung Bahagia (63 mangsa, 16 keluarga), Balai Budaya Kampung Sarikan (58 mangsa, 18 keluarga) manakala data pemindahan di Balai Budaya Kabangawong sedang dikemas kini.

“Sebanyak 14 kampung terjejas dengan empat PPS telah dibuka. Situasi hujan tidak menentu sejak 9 malam semalam menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sekretariat memaklumkan daerah Sook membabitkan Kampung Rancangan Bella Tulon dan Jalan Sook-Keningau turut dilanda banjir namun masih belum ada PPS dibuka setakat ini.

Nabawan dan Sook merupakan daerah terletak di bahagian pedalaman Sabah, masing-masing terletak 174 kilometer dan 147 kilometer arah Selatan dari Kota Kinabalu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan