Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Tan Kai pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Padawan 2025 di Kuching, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS) 

Pejabat baharu MPP pelaburan strategik untuk kesejahteraan komuniti

ByAkma Salleh

KUCHING, 11 April: Pejabat baharu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bukan sekadar sebuah bangunan, tetapi merupakan kemudahan untuk kegunaan awam oleh penduduk di bawah bidang kuasa MPP, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, pembinaan pejabat baharu Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bukan sekadar menyediakan ruang kerja moden, sebaliknya merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang demi keselesaan dan kesejahteraan komuniti setempat.

“Kemudahan ini bukan hanya untuk mereka yang bekerja di sini, tetapi juga untuk orang ramai yang berurusan, hadir ke program komuniti atau menggunakan ruang yang disediakan,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Padawan 2025 di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi MPP Tan Kai berkata seiring dengan pertambahan penduduk dan keperluan perkhidmatan yang meningkat, MPP mensasarkan untuk menyiapkan pejabat baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Jelas Dr Sim lagi, antara tumpuan utama pembangunan ini ialah pembinaan sebuah auditorium moden dan ruang terbuka yang bakal digunakan oleh komuniti setempat untuk pelbagai acara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan