Adeline, penunjuk cara kuih tradisional penganan chuan di Kampung Budaya Sarawak, seronok bekerja dalam suasana pelbagai kaum.
Beliau komited menjawab persoalan pelancong sebaik mungkin dan mengingatkan agar tidak melupakan budaya sendiri. Pesannya kepada anak muda: jangan terlalu memilih kerja—pengiat seni budaya juga satu rezeki yang mulia.
Chef Taong Siyet, tukang masak makanan laut di Restoran D’Sea, Santubong, percaya bahawa persediaan rapi, disiplin masa, dan keikhlasan adalah kunci dalam dunia masakan.
Baginya, luka melecur adalah lumrah, dan api adalah elemen penting yang hadir di mana-mana demi mencari rezeki.
Jamaluddin telah berniaga lemang tepi jalan di Kampung Matang selama 40 tahun tanpa mengenal cuti.
Baginya, pembuatan lemang memerlukan teknik yang tepat dan kesabaran. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu dan berharap tradisi ini diteruskan oleh generasi seterusnya.
Suminah, pembuat makanan tradisional Jawa dari Kolong, Matang, gigih berniaga sejak subuh dengan menjual kuih-muih dan nasi lemak.
Walaupun berusia, beliau terus belajar dan percaya pada pentingnya kerjasama suami isteri. Bagi Suminah, berniaga bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga satu bentuk sedekah.
Allan, peniaga Nasi Daun Bandung di Batu Kawa, Kuching, mengusahakan masakan Dayak dengan penuh minat dan disiplin.
Dengan sokongan keluarga, beliau berazam menjadikan hidangan ini sebagai warisan kebangsaan.
Sarasvathi, seorang pesara dan sukarelawan di kuil Hindu di Kuching, menyediakan masakan vegetarian sempena Masi Magam.
Dengan minat memasak sejak kecil, beliau gembira membantu, terutama dalam menyediakan sambar, kuah kari dal tradisional. Baginya, berkongsi rezeki adalah amalan mulia untuk semua
Wynner, pemuda Sabah yang merantau ke Sarawak, menemui semangatnya dalam seni tarian api bersama Sumiran Dragon Team.
Bermula tanpa pengalaman, mereka berani menempuh risiko demi rezeki dan hiburan orang ramai. Saksikan kisah penuh keberanian ini!
Ibrahim Bin Seruji, insan seni masakan, menghidangkan Nasi Minyak dan pelbagai hidangan pelengkap seperti kari daging, ayam masak merah & acar nanas.
Dengan kepakaran dan resipi autentik, beliau sering dijemput memasak di majlis keraian, memenuhi citarasa masyarakat Melayu Sarawak.
Ikuti perjalanan Mohamad Salleh dalam mengusahakan Garam Apong dari dahan nipah sebagai sumber rezeki halal.
Dengan ketekunan dan keazaman, beliau memastikan warisan pembuatan garam tradisional ini terus hidup untuk generasi akan datang.
Joseph Liew, seorang tukang parang berbakat, meneruskan legasi pertukangan besi bersama ayahnya.
Dengan teknik unik dan ketelitian tinggi, beliau menghasilkan parang berkualiti tinggi yang memukau pelanggan. Saksikan kehebatan seni pertukangan ini!
Hanipah Binti Hosen gigih mengusahakan Suman Mantak (Pais), makanan tradisional yang disediakan semalaman sebelum dipanggang segar keesokan harinya.
Bersama keluarganya, beliau mengekalkan keaslian rasa dari Pusa, Sarawak, menarik pelanggan dengan aroma yang memikat!
Episod ini mengisahkan Tinggal Haji Buntat, seorang warga tempatan yang tekun mengusahakan Minyak Lalak (Minyak Kelapa).
Dengan penuh dedikasi, beliau memastikan setiap proses dilakukan dengan cermat demi menghasilkan minyak berkualiti tinggi, sambil mendidik anaknya untuk meneruskan legasi ini.
Suminah, pembuat makanan tradisional Jawa dari Kolong, Matang, gigih berniaga sejak subuh dengan menjual kuih-muih dan nasi lemak.
Walaupun berusia, beliau terus belajar dan percaya pada pentingnya kerjasama suami isteri. Bagi Suminah, berniaga bukan sekadar mencari rezeki, tetapi juga satu bentuk sedekah.