Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
14 unit kediaman yang musnah dalam kebakaran rumah pekerja ladang di Belaga pada Khamis. Foto JBPM

Satu blok rumah pekerja ladang musnah terbakar, 45 penghuni selamat

BELAGA, 11 April: Seramai 45 penghuni rumah pekerja ladang kelapa sawit di sini hilang tempat tinggal selepas satu blok kediaman mereka musnah terbakar pada Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kebakaran tersebut memusnahkan 14 unit kediaman di satu blok.

“Kesemua penghuni seramai 45 orang terdiri daripada warganegara serta bukan warganegara telah berjaya menyelamatkan diri dan tiada melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pihaknya menerima panggilan pada jam 4.06 petang dan menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Belaga.

Pasukan itu tiba di lokasi kejadian pada jam 6.40 petang selepas menempuh perjalanan 112 kilometer yang turut merangkumi jalan balak.

“Tiada tindakan pemadaman dilakukan kerana api telah padam sepenuhnya setibanya pasukan bomba di lokasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan