Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Sarawak Skills, Cassandra Izzati di BBP Lutong, hari ini. Foto TVS

Sarawak Skills Miri rancang kolaboratif dengan Bomba Lutong

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 10 April: Seramai 12 ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Sarawak Skills Miri telah mengadakan lawatan rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Sarawak Skills, Cassandra Izzati berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat peranan serta fungsi balai bomba sekali gus mengenali aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba.

“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi peranan dan fungsi balai bomba serta mengenali aktiviti yang dijalankan. Saya percaya kunjungan ini mampu mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lawatan dimulakan dengan sesi menandatangani buku pelawat, diikuti taklimat oleh Ketua BBP Lutong, Henry Jugah mengenai sejarah penubuhan, fungsi utama serta pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan di balai tersebut.

“Rombongan turut diberikan penerangan mengenai fungsi bilik kawalan dan jentera bomba, sebelum dibawa meninjau sekitar kawasan balai termasuk sudut aktiviti, sudut Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) serta kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di balai tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya, Sarawak Skills Miri merancang untuk mengadakan pelbagai program kolaboratif bersama BBP Lutong pada masa akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan