Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden China, Xi Jinping dijadualkan akan melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 15 hingga 17 April ini. Foto fail AFP

Presiden China melawat Malaysia 15 April

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 9 April: Presiden China, Xi Jinping dijadualkan akan melakukan lawatan negara ke Malaysia dari 15 hingga 17 April ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah dimaklumkan bahawa lawatan Presiden China itu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Kita (kerajaan) ingin melihat hubungan perdagangan yang lebih baik dengan pelbagai negara termasuk China.

“Ini antara beberapa perkara yang telah dimaklumkan kepada Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media mingguan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Kementerian Luar akan mengeluarkan perincian jadual dan agenda yang akan dibincangkan dalam kunjungan Presiden China itu nanti.

Lawatan Jinping ke Malaysia itu dilaporkan sebagai lanjutan daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada November tahun lalu.

Untuk rekod, kali pertama Jinping melawat Malaysia adalah pada Oktober 2013 bagi lawatan negara selama tiga hari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan