Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Fam Tem Lom ketika lawatan ke tapak Pusat Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Miri, hari ini. Foto TVS

Hospital Miri miliki pakar endokrinologi tetap tingkatkan rawatan diabetes

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 9 April: Hospital Miri kini mempunyai seorang pakar endokrinologi tetap bagi memperkukuh rawatan dan pengurusan penyakit diabetes di wilayah utara Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Saintifik Diabetes Malaysia Daerah Miri, Dato Dr Fam Tem Lom berkata peranan pakar endokrinologi sangat penting kerana mereka mempunyai kepakaran khusus dalam pengurusan diabetes.

“Hospital Miri kini memiliki pakar endokrinologi tetap yang telah mula bertugas kira-kira setahun lalu,” katanya ketika lawatan ke tapak Pusat Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Daerah Miri, hari ini.

Beliau menyeru pesakit diabetes supaya mendapatkan rujukan ke Hospital Miri. Kini hospital kita sangat besar dengan fasiliti baharu dan pelbagai pakar tersedia, termasuk di Jabatan Kecemasan yang telah dinaik taraf,” katanya.

Tem Lom turut menekankan bahawa individu yang menghidap diabetes tidak seharusnya malu atau menyembunyikan keadaan mereka kerana rawatan yang betul mampu mencegah komplikasi serius seperti buta, strok, masalah buah pinggang atau serangan jantung.

“Pakar endokrinologi kita mampu membantu menjawab persoalan rumit, terutamanya dalam kes-kes yang melibatkan komplikasi. Dengan rawatan dan pemantauan rapi, saya percaya ramai pesakit boleh mencapai tahap kesihatan yang jauh lebih baik,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan