Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PK Pulau Pinang di Georgetown pada Selasa digemparkan dengan kejadian seorang anggota polis tertembak diri sendiri. Foto, TVS.

Polis siasat dakwaan anggota tertembak diri sendiri alami kemurungan

GEORGE TOWN, 9 April: Polis sedang melakukan siasatan mengenai dakwaan seorang anggotanya yang cedera parah akibat tertembak diri sendiri semasa bertugas di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam mempunyai masalah hutang dan mengalami kemurungan.

Ketua polis negeri Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa berpangkat Koperal berusia 58 tahun itu ketika ini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang selepas terkena tembakan pada kanan kepala.

“(Setakat ini) mangsa belum sedarkan diri dan keadaannya masih kritikal.

“Polis dalam proses merakamkan keterangan keluarganya yang datang dari Kuala Lumpur untuk membantu siasatan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, semasa diminta mengulas mengenai dakwaan mangsa mengalami kemurungan serta mempunyai masalah hutang, beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk dakwaan tersebut.

“Kita belum kenal pasti punca mangsa bertindak sedemikian,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan, seorang anggota polis yang bertugas di pos pengawal IPK Pulau Pinang mengalami kecederaan parah selepas disyaki tertembak diri sendiri semasa bertugas kira-kira pukul 6.12 petang semalam.

Mangsa yang bertugas di Cawangan Kem Komandan itu dikatakan melepaskan satu das tembakan menggunakan pistol jenis P99 dalam milikannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan