Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengenaan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia tidak memberi kesan besar kepada ekonomi Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kesan tarif timbal balik 24 peratus ke atas Malaysia minimum bagi Sarawak

KUCHING, 8 April: Pengenaan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia tidak memberi kesan besar kepada ekonomi Sarawak, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Premier Sarawak itu, eksport utama Sarawak tidak banyak bergantung kepada pasaran AS, sebaliknya lebih tertumpu ke negara-negara di Asia Timur dan Eropah.

Tambahnya, komoditi eksport utama wilayah ini seperti gas asli cecair (LNG) lebih banyak dijual ke Jepun dan Korea Selatan manakala produk sawit pula dieksport ke China dan India.

“Seperti mana yang saya sebutkan di Miri baru-baru ini, tarif ini tidak menjejaskan secara mendalam Sarawak kerana eksport kita tidak banyak ke Amerika Syarikat.

“Selain itu, eksport kita yang lain juga banyak dihantar ke Kesatuan Eropah (EU). Jadi, kita tidak begitu bergantung kepada pasaran Amerika. Industri semikonduktor di Sarawak seperti X-FAB juga menghantar cip ke EU, bukan ke AS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berkunjung ke rumah Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Naroden Majais di Jalan Bako di sini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa.

Walaupun beliau mengakui tarif tersebut memberi kesan kepada Malaysia secara keseluruhan khususnya dalam industri seperti sarung tangan dan semikonduktor di Semenanjung Malaysia, kesannya kepada Sarawak adalah sangat minimum.

“Setakat ini mungkin terjejas sedikit tetapi tidaklah secara mendalam,” katanya.

Presiden AS, Donald Trump baru-baru ini mengumumkan tarif timbal balik terhadap beberapa negara termasuk Malaysia, yang dilihat sebagai tindak balas terhadap ketidakseimbangan perdagangan global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan