Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak MLNG sebagai anak syarikat PETRONAS yang beroperasi di Bintulu, turut mengedarkan kelengkapan tidur seperti tilam dan bantal, peralatan pembersihan, serta makanan dan minuman kepada mangsa kebakaran Sungai Plan. Foto (TVS)

MLNG salur bantuan kepada mangsa kebakaran Sungai Plan

ByVanessa Enjop

BINTULU, 8 April: Program Memacu Kehidupan Bantuan Bencana Kebakaran Sungai Plan anjuran Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG) hari ini, menyaksikan satu usaha besar dalam memberi sokongan kepada mangsa kebakaran yang menimpa Kampung Sungai Plan pada Isnin.

Dalam program yang berlangsung di Tanjung Kidurong ini, lebih daripada 99 mangsa yang terjejas menerima bantuan segera dalam bentuk barang-barang asas yang amat diperlukan.

Pihak MLNG, sebagai anak syarikat PETRONAS yang beroperasi di Bintulu, turut mengedarkan kelengkapan tidur seperti tilam dan bantal, peralatan pembersihan, serta makanan dan minuman untuk mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran tersebut.

Selain itu, barang-barang keperluan persekolahan juga disumbangkan bagi memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mangsa.

Antara yang turut hadir pada program ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Dato Majang Renggi; Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali; Timbalan Penguasa Bomba, Ketua Balai dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson; Pegawai Pertahanan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bintulu, Kapt. (PA) Mohd Johari Mohd Taufik; Pengurus Besar Malaysia LNG Sdn Bhd, Nazman Rusli; Pengurus Kanan Malaysia LNG Sdn Bhd, En. Osman Bunggal; dan Pengurus Malaysia LNG Sdn Bhd, Araffie Igat.

Inisiatif ini bukan sahaja menggambarkan keprihatinan sektor korporat terhadap kesejahteraan komuniti, tetapi juga mengukuhkan lagi ikatan antara rakyat, kerajaan, dan pihak swasta dalam menangani bencana dan memberikan sokongan sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan