Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Bernama

Lelaki disyaki pukul warga emas ditahan

ByBernama

MELAKA, 7 April:  Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul jirannya dengan sebatang besi akibat pertengkaran mulut, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari, hari sama selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 65 tahun membuat laporan di Balai Polis Kandang.

“Pada hari kejadian kira-kira 8.30 pagi, ketika pengadu (mangsa) yang juga seorang pesara keluar untuk berjogging, suspek membuat provokasi dengan membaling mercun ke arah rumahnya, namun mangsa mengabaikan dan meneruskan aktivitinya.

“Apabila selesai, pengadu terserempak dengan suspek dan berlaku pertengkaran mulut selain perbuatan meludah ke muka masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek memarahi mangsa serta mengambil sebatang besi lalu memukul ke arahnya dan mangsa cuba mengelak, namun terkena pada bahagian lutut kiri yang menyebabkannya mengalami kesakitan serta bengkak.

Christopher berkata berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek dan suspek kemudian meninggalkan tempat terbabit.

“Kejadian itu dipercayai akibat dendam lama antara suspek dan mangsa kerana menegur mangsa yang membuat bising dengan suka berkaraoke sehingga mengganggu keluarganya.

“Sejak dari itu, kedua-dua belah pihak tidak bertegur sapa antara satu sama lain,” katanya sambil menambah suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan