Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Royston Valentine menyantuni orang ramai yang menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penat. Foto UKAS

Setiap kampung terima peruntukan sama rata

MUKAH, 7 April: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian menerima sejumlah peruntukan setiap tahun untuk pelaksanaan projek yang menjadi keperluan utama.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, ia termasuk projek membina titian dan jalan ke rumah serta membaik pulih dewan berkenaan.

“Peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) adalah sama rata untuk setiap kampung sama ada dari Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penat yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kampung Penat Oya pada Ahad.

Sementara itu, Royston menggesa penduduk kampung melakukan inisiatif gotong-royong bagi membersihkan kawasan kediaman masing-masing.

“Sebagai contoh, kita boleh melaksanakan pembersihan parit di hadapan rumah untuk mengelak terjadinya banjir secara tiba-tiba,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penat bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan kampung.

Turut disampaikan sumbangan bakul makanan kepada lima asnaf, sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang kurang berkemampuan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan