Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemimpin Jordan, Mesir dan Perancis akan mengadakan sidang kemuncak di Kaherah pada Isnin bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza susulan serangan udara terbaharu tentera Israel ke atas wilayah itu. Foto fail AFP

Pemimpin Jordan, Mesir, Perancis akan adakan sidang kemuncak mengenai Gaza pada Isnin

ByBernama

AMMAN/ANKARA, 6 Apr: Pemimpin Jordan, Mesir dan Perancis akan mengadakan sidang kemuncak di Kaherah pada Isnin bagi membincangkan situasi di Semenanjung Gaza susulan serangan udara terbaharu tentera Israel ke atas wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan Mahkamah Diraja Jordan, sidang kemuncak antara Raja Abdullah II, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Perancis Emmanuel Macron itu akan memberi tumpuan kepada “situasi berbahaya di Gaza.”

Sidang kemuncak itu diadakan ketika tentera Israel meningkatkan serangannya ke atas Gaza sejak 18 Mac lepas yang telah meragut lebih 1,300 nyawa dan mencederakan 3,200 yang lain, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan.

Pada Sabtu, Macron berkata beliau akan ke Mesir untuk menghadiri sidang kemuncak trilateral di Kaherah atas jemputan daripada rakan sejawatannya dari Mesir.

Presiden Mesir turut memaklumkan bahawa Sisi dan Macron telah berbincang mengenai perkembangan di Gaza melalui perbualan telefon dan menegaskan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata segera di wilayah itu.

Hampir 50,700 penduduk Palestin telah terbunuh di wilayah itu dalam serangan kejam Israel sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant kerana jenayah perang dan jenayah kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perangnya ke atas wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan