Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) di sini, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Tatau kini di bawah pengurusan BDA

BySalasiah Safian

BINTULU, 6 Apr: Daerah Tatau kini diletakkan di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha memperluaskan pembangunan dan mengimbangi permintaan tinggi untuk perumahan di kawasan Bintulu.

“Tatau telah dimasukkan di bawah jagaan pengurusan BDA. Saya tahu kita ada Pelan Pembangunan Strategik. Harga rumah memang mahal di sini, di sebelah ini. Kerana bergantung kepada permintaan. Sekarang ini satu bilik pun RM1,000 dah sewanya. Sebab itu kita buka kawasan baharu supaya ada seimbang di antara bekalan dan permintaan dan biarlah harga rumah adalah harga yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) di sini, hari ini.

Menurutnya, penggunaan teknologi moden diperlukan untuk memastikan kos pembinaan rumah dapat dikurangkan.

“Jika perkara tersebut dapat dilaksanakan maka kadar sewa rumah dapat diturunkan secara berperingkat,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan