Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Dr. Richard Rapu semasa kunjungan rumah terbuka Presiden BDFA Abang Suhordie Abang Zain. Foto Suara Sarawak

Dana untuk mantapkan bola sepak Betong

KUCHING, 6 April: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) menerima suntikan dana berjumlah RM40,000 daripada dua wakil rakyat di kawasan Betong.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas menyumbang RM30,000 manakala RM10,000 lagi daripada Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu.

Memetik laporan Suara Sarawak, Presiden BDFA Abang Suhordie Abang Zaini berkata, berita gembira tersebut disampaikan Uggah dan Richard semasa kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman beliau di Kampung Spaoh Betong.

“Berita yang amat menggembirakan bagi kami semua barisan exco BDFA apabila kedua-dua wakil rakyat terbabit mengumumkan pemberian dana tersebut semasa kunjungan di majlis rumah terbuka kami semalam,” katanya.

Menurutnya, dana tersebut dapat digunakan untuk menganjurkan pelbagai program pembangunan bola sepak di Bahagian Betong sepanjang tahun ini termasuk Liga Betong 2025.

Terdahulu, Abang Suhordie mewakili Exco BDFA merakamkan ucapan terima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat tersebut atas sokongan yang diberikan.

“Pihak kami amat menghargai sokongan kedua-dua wakil rakyat berkenaan melalui dana yang diberikan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan