Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS

Sasaran lima juta pelancong mampu dicapai

KUCHING, 6 April: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yakin wilayah ini mencapai sasaran lima juta pengunjung pada akhir tahun 2025.

Beliau berkata, trend kunjungan pelawat ke Sarawak pada suku pertama tahun 2025 ini memberikan keyakinan sasaran lima juta pelawat ke wilayah ini tercapai seperti yang disasarkan.

“Kita belum lagi mencapai sasaran lima juta pengunjung namun berdasarkan trend kemasukan pelawat sekitar bulan Januari sehingga Mac tahun ini, saya yakin kita dapat mencapai sasaran lima juta ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak di Kuching pada Ahad.

Karim menjelaskan, resit pelancongan yang memberangsangkan pada suku pertama tahun ini menjadi bukti Sarawak merupakan destinasi pilihan pengunjung tempatan dan luar negara.

“Bagi bulan Februari 2025, terdapat 409,814 jumlah pelawat dicatatkan dan terdapat kehadiran 192,056 warga asing yang bertandang ke Sarawak. Resit pelancongan pula melebihi satu bilion,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan