Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: APM Kinabatangan

Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 131 orang pagi ini

ByBernama

KOTA KINABALU, 6 April: Jumlah mangsa banjir penduduk empat kampung yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Garam di sini, kekal 131 orang daripada 29 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu tidak berubah sejak malam tadi dan trend pemindahan adalah kekal.

Pada 2 April, Kinabatangan diisytihar sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai ke tahap bahaya.

Tujuh kampung di daerah yang terletak kira-kira 306 kilometer dari Kota Kinabalu itu, terjejas banjir dan sebuah PPS dibuka iaitu di SK Bukit Garam yang beroperasi sejak 6 petang Rabu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan