Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dinding bangunan kedai yang runtuh di Jalan Padungan, Kuching. Foto JBPM

Dinding bangunan kedai di Jalan Padungan runtuh

KUCHING, 6 April: Sebahagian dinding satu unit kedai di Jalan Padungan di sini, runtuh awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 6.23 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan yang tiba di lokasi dengan segera, mendapati dinding bangunan tersebut telah retak dan runtuh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Komander Operasi, PBK I Law Kim Hin, segera mengambil langkah-langkah pengungsian bagi memastikan keselamatan penghuni bangunan serta pekerja di unit kedai bersebelahan, iaitu di tingkat 1 dan 2.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak bomba turut memasang tali sawar-sawar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan