MIRI, 6 April: Seorang tersepit manakala lima lagi cedera ringan selepas van dipandu melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan kendiri di Jalan Coastal Bintulu – Miri di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Abdullah Sedi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.26 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong ke lokasi kejadian.
“Setiba pihak bomba di lokasi mendapati telah berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah van dipandu seorang lelaki membawa lima orang penumpang melanggar pembahagi jalan.
“Setelah membuat size up, komander operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan ‘rescue tool’ untuk mengeluarkan seorang mangsa lelaki yang masih tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans yang turut berada di lokasi untuk dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan.-TVS