MIRI, 6 April: Seorang lelaki berusia 37 tahun berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbakar di Lebuhraya Pan Borneo,Jalan Miri- Bintulu berdekatan simpang Ladang Lavang di sini, malam tadi.
Komander Operasi, Paul Senum berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 7.45 malam dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Samalaju ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian terdapat kebakaran kereta yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva di tepi jalan.
“Kenderaan tersebut dinaiki seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Batu Niah menuju ke simpang Bakun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat size-up di lokasi dan mengarahkan anggota membentang satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera untuk memadam kebakaran.
“Kebakaran tiada melibatkan kecederaan mangsa,” ujarnya.-TVS