Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berjarah ke Rumah Ketua Ranting Hulu Spaoh iaitu Abang Suhordie Abang Zaini. Foto TVS

Uggah minta mangsa banjir bersabar tunggu bayaran bantuan

SPAOH, 5 April: Mangsa-mangsa banjir baru-baru ini yang masih belum menerima bantuan kewangan daripada kerajaan diminta bersabar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana Pejabat Residen dan Pejabat Daerah masih dalam proses pembayaran.

“Namun sebelum kami dapat membuat pembayaran, kami perlu mengesahkan data yang ada. Ini adalah untuk memastikan prosedur pembayaran dilakukan dengan betul.

“Menurut rekod kami, terdapat kira-kira 5,600 keluarga yang terjejas di seluruh negeri. Setakat ini, kami telah membuat pembayaran kepada 3,600 keluarga sebanyak RM1,000 setiap keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan Program Ziarah Hari Raya Aidilfitri di Kampung Melayu Spaoh.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, kerajaan komited membantu mangsa banjir bagi meringankan beban mereka.

“Tetapi prosedur, pengesahan dan mendapatkan maklumat akaun bank akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Menurutnya, Pejabat Daerah mempunyai data mengenai semua keluarga yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Bagi mereka yang memilih untuk tidak berpindah ke pusat tersebut, prinsipnya kami tetap memberi bantuan kepada mereka.

“Tetapi kerajaan perlu menunggu pengesahan daripada Pejabat Daerah untuk mengetahui sebab mereka memilih untuk tidak berpindah. Jika alasan mereka munasabah, kerajaan akan membuat pembayaran,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan