Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan ketika ditemui media semasa MATTA Fair Sarawak 2025di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu. Foto:TVS

MATTA Fair Sarawak 2025 kembali, tawar pilihan pakej pelancongan

KUCHING, 5 April: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) tahun ini telah kembali menganjurkan MATTA Fair Sarawak 2025 dengan 102 reruai pameran yang menawarkan pelbagai pilihan pakej pelancongan menarik.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, penganjuran pameran tersebut merupakan satu platform yang berimpak tinggi untuk menawarkan pakej pelancongan terbaik dalam negara dan luar negara kepada orang ramai.

Katanya, pameran secara konsisten pihak MATTA pada setiap tahun itu juga membuktikan bahawa ia menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan dalam industri pelancongan dan pelancongan global.

“Saya berbesar hati untuk menyatakan bahawa saya dan seluruh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menantikan lebih banyak sumbangan dan perubahan terkemuka dalam industri pelancongan global,” katanya.

Beliau berucap semasa MATTA Fair Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Sabtu.

Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak, Oscar Choo berkata, penyertaan daripada para peserta pameran tahun ini turut memecah rekod penyertaan tahun lepas iaitu seramai 102 berbanding 82 reruai pameran tahun lalu.

Ujarnya, tahun ini pihaknya mengharapkan sasaran jualan mereka mampu mencapai lebih daripada RM9 juta kerana tahun lalu pameran selama dua hari itu telah menarik lebih 13,000 pengunjung dengan hasil jualan RM9 juta lebih.

“Pada tahun ini, kami berbesar hati mempersembahkan 102 gerai yang memecahkan rekod, meningkat daripada 82 tahun lepas yang menampilkan pelbagai destinasi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan