Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berucap semasa" MATTA Fair Sarawak 2025" di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching pada Sabtu. Foto:TVS

Sarawak turut fokus promosi pelancongan luar bandar

KUCHING, 5 April: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan turut menumpukan pelancongan yang menawarkan penerokaan lebih mendalam tentang daya tarikan kawasan luar bandar Sarawak.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata, terdapat pelancong-pelancong dari negara luar mempunyai minat untuk merasai pengalaman suasana tinggal di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak.

Justeru, pihak kementerian katanya, telah mengarahkan pihak Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) untuk turut mempromosikan tempat-temapt pelancongan di kawasan luar bandar bagi menarik minat pelancong tersebut.

“Contohnya di kawasan-kawasan yang jauh di pedalaman di mana mereka boleh rasai sendiri pengalaman tersebut dan kebanyakan mereka daripada Eropah.

“Jadi kita beritahu menteri untuk memberitahu MATTA iaitu kita punya agensi pelancongan memberi tumpuan juga ke luar bandar dan tidak hanya di dalam bandar,” katanya ketika ditemui pemberita semasa MATTA Fair Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu.

Mengulas mengenai Sarawak menjadi pilihan destinasi pelancongan perubatan pula beliau berkata, ia susulan tawaran perkhidmatan cemerlang, teknologi perubatan terkini dan layanan mesra yang diberikan kepada para pesakit.

Pelancongan perubatan itu katanya, telah memainkan peranan yang baik dalam menyumbang kepada sektor pelancongan di Sarawak terutama kemasukan pelancong dari Indonesia.

“Daripada Jakarta ke Kuching terdapat separuh atau setengah daripada pelawat itu datang untuk mendapatkan rawatan.

“Jadi saya merasakan ia sangat bagus, bukan hanya pelancongan sukan, tapi pelancongan perubatan  juga menyumbang kepada industri pelancongan kita,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan