Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

5 maut dalam insiden bot terbalik di laut Aegean, Turkiye

ByBernama

ISTANBUL, 3 April: Sekurang-kurangnya lima orang maut pada Khamis apabila sebuah bot yang membawa pendatang tanpa izin terbalik di perairan Laut Aegean, berhampiran wilayah Canakkale di barat laut Turkiye, lapor Xinhua memetik laporan Anadolu Ajansi.

Menurut agensi itu, Komando Kumpulan Pengawal Pantai Aegean Utara menerima makluman mengenai kejadian berhampiran daerah Ayvacik.

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi berjaya menyelamatkan 25 orang sebelum membawa mereka ke hospital di wilayah Balikesir dan Canakkale.

Usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan.

Berdasarkan statistik terkini yang diterbitkan di laman sesawang Komando Pengawal Pantai Turkiye, seramai 13 migran maut di perairan negara itu tahun ini, manakala 4,880 migran berjaya dipintas dan 101 orang yang terlibat dalam pemerdagangan manusia ditahan.

Laut Aegean sejak sekian lama menjadi laluan utama bagi migran yang cuba memasuki Eropah melalui Türkiye.

Sebagai antara destinasi utama bagi pelarian di dunia, Turkiye kini menempatkan lebih 4 juta migran dan majoritinya rakyat Syria, menurut Direktorat Komunikasi Presiden negara itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan