Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Kedah rangka garis panduan larangan bela anjing spesies garang di kawasan perumahan

ByBernama

ALOR SETAR, 3 April: Kerajaan Kedah akan merangka garis panduan yang berkemungkinan besar melibatkan larangan membela anjing daripada spesies garang sebagai haiwan peliharaan di kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria berkata keputusan itu diambil berikutan insiden lima individu diserang dua ekor anjing jenis Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat Baling pada Selasa lepas.

“Anjing jenis garang tidak sesuai dibela di kawasan taman perumahan. Lebih-lebih lagi, selepas dua kes yang berlaku, kejadian baru-baru ini sangat serius kerana melibatkan lima mangsa, termasuk beberapa yang parah dan memerlukan pembedahan.

“Ada mangsa yang trauma akibat kejadian ini. Mereka berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin, dan kerana itu, kita akan merangka garis panduan untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mansor yang telah melawat semua mangsa di hospital kerajaan dan swasta berkata keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Mansor berkata hasil perbincangan dengan pemilik anjing terbabit, mereka bersetuju untuk menyerahkan haiwan itu kepada pihak veterinar untuk dilupuskan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan lima individu cedera selepas digigit dua anjing terbabit yang terlepas dari sangkar.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah Dr Shaharul Amar Talib berkata dua anjing terlibat telah dilupuskan semalam.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found