Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki sekali lagi dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri enam paket daging kambing segar dan sebotol sos barbeku

Dihukum penjara curi daging kambing, sos barbeku

KUCHING, 3 April: Seorang lelaki sekali lagi dikenakan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri enam paket daging kambing segar dan sebotol sos barbeku milik sebuah pasar raya 24 jam pada Mac lepas.

Memetik laporan Suara Sarawak, Majistret Mason Jaro lenya Barayan menjatuhkan hukuman penjara empat bulan sebaik sahaja mendengar pengakuan bersalah tertuduh yang berusia 36 tahun dari Sematan itu atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hendaklah dipenjara tidak melebihi 10 tahun, dan boleh dikenakan denda atau untuk kesalahan kedua dan seterusnya hendaklah dipenjara dan denda atau sebatan.

Difahamkan, tertuduh mempunyai empat rekod lampau melibatkan kes curi dan satu kes khianat harta benda.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan pekerja pasar raya tersebut menahan seorang lelaki di luar kaunter kerana mengambil barang tanpa membuat sebarang pembayaran.

Barang-barang yang diambil tertuduh ialah enam paket daging kambing berharga RM136.37 dan sebotol sos barbeku jenama Heinz berharga RM16.90.

Pengadu kemudian menyerahkan tertuduh kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan