Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daerah Kinabatangan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada pukul 4.45 petang tadi berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya. Foto APM

Kinabatangan diisytihar kawasan bencana banjir, tujuh kampung terjejas

ByBernama

KINABATANGAN, 2  April: Daerah Kinabatangan diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir pada pukul 4.45 petang tadi berikutan hujan berterusan dan kenaikan paras air sungai di tahap bahaya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini tujuh kampung di kawasan berkenaan terjejas banjir dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam pada 6 petang tadi.

“Kini proses pemindahan mangsa sedang dilaksanakan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan bomba,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bacaan paras air semasa menaik secara perlahan dan pihak Sabah Electricity telah memutuskan bekalan elektrik di keseluruhan lokasi ditenggelami air. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan