Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Lee Weng Ken, 42, (kiri) dan isteri Sharmaine Pan, 33, menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya hari ini. Foto, Bernama.

190 kediaman rosak letupan saluran paip gas di Putra Heights

ByFirdaus Ismail

SHAH ALAM, 1 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan setakat ini sebanyak 190 kediaman rosak akibat letupan saluran paip gas bawah tanah sepanjang 500 meter di Jalan Putra Harmoni, Putra Height di sini pagi tadi.

Pengarah JBPM Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata selain itu sebanyak 159 kenderaan pelbagai jenis turut mengalami kerosakan akibat kebakaran yang bermula pukul 8.10 pagi.

“Setakat pukul 3.40 petang tadi, Komander Operasi di lapangan melaporkan kerja pemadaman masih diteruskan dan api hampir padam.

“Setakat ini sebanyak 190 unit rumah, 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenal pasti mengalami kerosakan yang pelbagai akibat kebakaran dan haba panas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan