SERIAN, 1 April: Seorang wanita cedera dalam kemalangan motosikal yang ditunggangnya jatuh ke dalam longkang sedalam lima kaki di Taman Pasir di sini, pagi tadi.
Komander Operas, Christopher Tugoh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 11.48 pagi dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal Yamaha 150 bewarna hitam.
“Mangsa seorang wanita telah terjatuh ke dalam parit sedalam 5 kaki di tepi bahagian kiri jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat size up lalu memeriksa keadaan mangsa serta membuat perawatan awal di lokasi.
“Mangsa mengalami terseliuh dan luka pada bahagian kaki kiri. Setelah ketibaan pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi, mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” ujarnya.- TVS