Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis telah menutup jalan masuk ke lokasi kebakaran melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, dengan api masih menjulang tinggi walaupun selepas lebih tiga jam kejadian dilaporkan berlaku. Foto Media sosial

Kebakaran saluran gas: Api masih menjulang selepas lebih tiga jam, polis tutup jalan ke lokasi

ByBernama

PETALING JAYA, 1 April: Polis telah menutup jalan masuk ke lokasi kebakaran melibatkan saluran paip gas Petronas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, dengan api masih menjulang tinggi walaupun selepas lebih tiga jam kejadian dilaporkan berlaku.

Pemantauan Bernama di Persiaran Harmoni mendapati pihak polis menutup laluan masuk ke lokasi dan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan terbabit demi keselamatan.

Polis juga meminta orang ramai yang berkumpul di laluan masuk ke lokasi untuk merakam gambar dan video keadaan terkini kebakaran supaya beredar dari situ.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Tinjauan Bernama juga mendapati beberapa kenderaan bomba, polis dan ambulan dilihat keluar masuk ke lokasi berkenaan.

Seorang wanita yang enggan namanya disiarkan berkata datuknya yang masih berada di dalam kawasan berkenaan telah dipindahkan oleh pihak berkuasa ke lokasi selamat.

“Saya tidak dapat masuk ke dalam, tetapi dapat menghubunginya (datuk) menerusi telefon, dia beri tahu telah dipindahkan ke kawasan selamat,” katanya.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Sementara itu seorang penduduk berdekatan lokasi kejadian Harban Singh, 70, berkata kebakaran berlaku sekitar 8.25 pagi tadi semasa beliau sedang bersiap sedia untuk keluar berjoging.

“Pada awalnya kita boleh lihat api menjulang tinggi. Sekarang dah hampir tiga jam, api masih tinggi tapi tidak setinggi yang tadi.

“Bahangnya turut dirasai oleh penduduk kawasan ini. Kami dimaklumkan ada cermin rumah yang dah retak akibat bahang,” katanya yang tinggal di USJ 9, Subang itu.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Seorang penduduk Taman Tasik Prima, kira-kira 10 minit pemanduan dari lokasi kejadian K. Batmawathy berkata kawasan sekitar rumahnya turut terkesan dengan kebakaran itu.

“Kawasan sekeliling rumah saya diliputi debu pasir akibat letupan. Saya menyedarinya ketika mahu bersiap pergi ke tempat kerja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan