Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setakat 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian. Foto Media sosial

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

ByBernama

SUBANG JAYA, 1 April:  Setakat 10.35 pagi, kira-kira 25 mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran lokasi kejadian.

Tinjauan Bernama di kawasan kuil berkenaan mendapati beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dilihat gigih berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa, yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan kesukaran bernafas.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Difahamkan lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

Beliau berkata beberapa rumah turut terbakar dalam kejadian itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan