Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi pada Selasa selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa Foto AFP

Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi 1 April

ByBernama

BANGKOK, 31 Mac: Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok akan menyambung semula operasi pada Selasa selepas premisnya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi penilaian keselamatan susulan gempa bumi kuat di Myanmar yang menyebabkan gegaran di Thailand pada Jumaat lepas.

Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata kedutaan itu kini beroperasi di tingkat 17 Menara Pejabat Kronos di Jalan Sathorn dan keseluruhan bangunan itu telah ditutup oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

Beliau berkata Menara Pejabat Kronos telah diperiksa sepenuhnya oleh jurutera bertauliah dan disahkan berada dalam keadaan kukuh serta selamat tanpa sebarang kerosakan.

“Dengan pembukaan semula Menara Pejabat Kronos, kedutaan akan kembali beroperasi seperti biasa di tingkat 17 mulai esok (1 April),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Isnin.

Bong berkata kedutaan itu ditutup pada Isnin sempena sambutan  Aidilfitri.

Pada Jumaat lepas, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Wilayah Sagaing, Myanmar sekitar pukul 1 tengah hari waktu tempatan, diikuti satu lagi gegaran bermagnitud 6.4.

Gempa bumi itu menyebabkan gegaran di ibu negara Thailand dan setakat ini meragut 18 nyawa, sementara puluhan lagi masih hilang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan