Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Rumah Terbuka cerminan keharmonian Sarawak

KUCHING, 31 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan majlis rumah terbuka bukan sekadar sebuah perayaan tetapi juga simbol keharmonian masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan kepercayaan.

Menurutnya, keunikan tersebut perlu dikekalkan sebagai asas kestabilan dan kemakmuran wilayah ini sekali gus menjadi contoh kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk.

“Kita dapat melihat kehadiran tetamu daripada semua kaum dan latar belakang agama yang menunjukkan keharmonian yang ada di Sarawak ini. Kita berdoa agar keadaan ini kekal supaya kita mempunyai satu sistem yang baik untuk membangunkan masyarakat kita yang berbilang kaum.

“Banyak yang telah datang ke Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini dan ia mencerminkan silaturahim yang erat antara pimpinan Kerajaan Sarawak, rakan-rakan dalam kabinet serta hubungan baik antara rakyat jelata,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang tiba kira-kira jam 12.33 tengah hari.

Pelbagai juadah tradisional menjadi tarikan utama majlis selain persembahan kebudayaan dan muzik tradisional yang menghidupkan suasana kemeriahan Aidilfitri.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan Premier Sarawak akan diteruskan esok bermula jam 10 pagi hingga 2 petang di lokasi yang sama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan