Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita mengalami luka serta lebam di bahagian muka dan anggota badan yang lain dipercayai menjadi mangsa dera suami sendiri di Taman Duranda Emas, Siburan, malam tadi.Foto JBPM

Wanita lebam di muka, anggota badan dipercayai didera suami

SIBURAN, 31 Mac: Seorang wanita berusia 39 tahun mengalami luka dan lebam di bahagian muka serta anggota badan yang lain dipercayai menjadi mangsa dera suami sendiri di Taman Duranda Emas di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Winlie Achang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 9.37 malam dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi terdapat seorang wanita dewasa dikatakan telah menjadi mangsa dera suaminya sendiri.

“Mangsa dalam keadaan sedar mengalami luka serta lebam di bahagian muka dan anggota badan yang lain akibat dipukul suaminya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suami mangsa telah ditahan oleh dua anggota polis yang berada di lokasi.

“Pasukan EMRS memberi rawatan awal di lokasi sebelum menghantar mangsa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut,” ujarnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan