Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pagi ini bagi misi bantuan kemanusiaan serta menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu. Foto Bernama

Dua pesawat TUDM bawa pasukan SMART, NADMA selamat tiba di Myanmar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw, Myanmar hari ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan memaklumkan pesawat pertama tiba pada 11.36 pagi manakala pesawat kedua tiba pada 2 petang tadi.

Pesawat berkenaan turut membawa pasukan di bawah NADMA serta peralatan mencari dan menyelamat (SAR).

“Selepas ini, mereka (pasukan) akan bergerak ke kawasan operasi di Sagaing Division melalui jalan darat yang akan mengambil masa lapan jam,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Bernama melaporkan 50 anggota dan pegawai pasukan SMART berlepas ke Naypyidaw, Myanmar menggunakan pesawat A400M pagi tadi bagi misi kemanusiaan serta membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di negara itu.

Pasukan yang diketuai komander kontinjen PgKB I Mohamad Hafiezul Abdul Halim terdiri daripada 16 wakil Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia (13) dan JBPM (21).

Kedua-dua pesawat itu masing-masing berlepas pada 9.30 dan 10 pagi dari Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini.

Jumaat lepas, gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar dengan Mandalay, Bago, Magway, timur laut negeri Shan, Sagaing dan Naypyidaw antara kawasan yang paling teruk terjejas selain turut menjejaskan negara jiran Thailand.

Hingga semalam, jumlah korban bencana itu di Myanmar mencecah hampir 2,000 orang selain ribuan cedera dan ratusan lagi masih hilang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan