Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai ketika ditemui TVS di Lapangan Terbang Antarbangsa Kuching hari ini. Foto TVS

Sambut raya dengan penuh kesederhanaan

ByWilly Jali

KUCHING, 30 Mac: Hari Raya Aidilfitri tahun ini memberikan makna yang mendalam terutama dalam kalangan mereka yang pulang ke kampung halaman.

Walaupun berdepan pelbagai cabaran, peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tetap diraikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

Bagi Nursyafiah Syahira Ardai,20, dia berasa teruja dan tidak sabar untuk pulang ke Sibu yang merupakan tempat mereka sekeluarga berkumpul.

Menurutnya, Syawal merupakan masa amat bermakna untuk mengeratkan silaturahim dan berkumpul dengan keluarga.

“Saya berasa tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini, semua ahli keluarga balik ke rumah di Sibu dan memang ramai yang datang. Semua keluarga sedang menantikan kepulangan saya.

“Untuk memohon cuti agak susah sedikit, tetapi saya cuba sedaya upaya untuk mencari masa pulang ke kampung kerana sudah lama saya tidak balik,” katanya.

Senada dengan Nursyafiah, Asrizal Hakim Othman, 26, turut berpendapat Aidilfitri adalah waktu paling ditunggu-tunggu untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Bagi saya, Syawal adalah hari untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memperkukuh ukhuwah sekeluarga. Ia adalah hari yang mana kita semua berkumpul mengeratkan tali persaudaraan kita,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Nurul Amiza, 37, mengingatkan agar semua orang menyambut Syawal dengan penuh kesederhanaan.

Katanya, sambutan Syawal haruslah menjadi satu platform untuk mengeratkan silaturahim dan saling bermaafan.

“Syawal adalah waktu untuk kita mengeratkan silaturahim. Ia mengajar kita untuk bermaafan dan menghindari segala kesalahan yang lalu.

“Jika boleh, bermaafan sesama kita dan apa juga yang telah berlaku, jadikanlah ia sebagai iktibar dan elakkan permusuhan,” jelasnya.

Tidak ketinggalan Nasrin Edwin Yassin, 30 turut menitipkan pesanan kepada orang ramai agar menjaga keselamatan diri semasa meyambut Hari Raya.

“Bagi yang suka bermain mercun, boleh saja. Tetapi jangan terlalu berbahaya, pandai-pandailah. Selain itu, bagi yang membuat perjalanan, pastikan keselamatan terjaga dan memandu dengan berhati-hati di jalan,” katanya.

Diharapkan sambutan Syawal kali ini memberi harapan kepada semua untuk mengeratkan ukhuwah antara keluarga dan masyarakat.

Ia juga tentang menyemai semangat kekeluargaan dan kasih sayang dalam merayakan hari yang penuh bermakna ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan