Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumit Molok, Sarimah Ali dan Bolhari Razali ketika ditemui TVS di Medan Niaga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Miri, hari ini. Foto TVS

Persiapan saat akhir terus jadi pilihan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 30 Mac: Suasana di Tamu Miri meriah dengan kehadiran orang ramai yang membeli keperluan perayaan seperti kuih tradisional, daging dan kelengkapan rumah.

Sarimah Ali yang merupakan peniaga berkata, jualan ketupat yang diusahakannnya mendapat sambutan baik.

“Banyak ketupat terjual tadi dan pembelinya datang dari pelbagai kaum,” katanya ketika ditemui TVS di Medan Niaga Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Miri, hari ini.

Menurutnya, persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dilakukan secara sederhana.

Bagi salah seorang pengunjung, Jumit Molok menjelaskan, suasana Hari Raya sekarang berbeza berbanding zaman dahulu.

“Dulu, memang meriah. Nak balik kampung pun kena naik perahu. Sekarang, semua dah ada jalan raya, senang nak pulang ke kampung. Walaupun begitu, kemeriahannya tetap dirasai,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga, Bolhari Razali berkongsi persiapan yang telah dilakukan bagi menyambut Hari Raya.

“Macam biasa, setiap tahun buat kuih, buat lemang. Semua sudah siap, baju raya pun dah disediakan,” kata Bahari. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found