Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya jatuh ke dalam parit di Jalan Upper Lanang, Sibu, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki maut, motosikal ditunggang jatuh parit

SIBU, 30 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya jatuh ke dalam parit di Jalan Upper Lanang di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Thomson Sumping berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.37 malam dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah motosikal yang mengalami kemalangan tetapi mangsa tidak berada di lokasi.

“Pihak bomba membuat pencarian dan mengarahkan anggota mencari mangsa di parit menggunakan kaedah pencarian di permukaan air tetapi tidak menjumpai mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah air surut anggota melakukan pencarian kedua di parit yang sama dan menemui mangsa pada 12.10 tengah malam berdekatan dengan lokasi kemalangan.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis pada jam 1.16 pagi untuk tindakan lanjut,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan