Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hamas pada Sabtu bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya. Foto AFP

Hamas terima cadangan gencatan senjata baharu di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 30 Mac: Hamas pada Sabtu bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami menerima cadangan daripada saudara-saudara kami di Mesir dan Qatar yang menjadi perantara rundingan ini.

“Kami menyambut baik cadangan ini dan menerimanya. Kami berharap pihak penjajah tidak akan mensabotaj atau menggagalkan usaha para perantara,” kata Ketua Hamas di Gaza, Khalil al-Hayya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung sempena Aidilfitri.

Al-Hayya tidak mendedahkan butiran cadangan itu, tetapi laporan antarabangsa menyebut bahawa Mesir dan Qatar telah mencadangkan satu perjanjian gencatan senjata yang membolehkan fasa kedua pertukaran tahanan antara Hamas dan Israel dilaksanakan selepas tempoh bertenang.

“Kami telah memenuhi segala komitmen kami dan bekerjasama dengan perantara untuk memastikan Israel mematuhi janjinya.

“Namun, mereka mengkhianati keseluruhan perjanjian selepas fasa pertama berakhir,” katanya.

Sementara itu, akhbar Israel melaporkan bahawa Tel Aviv mengemukakan cadangan alternatif bagi perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan, yang meminta Hamas membebaskan 10 tawanan berbanding lima seperti yang dicadangkan oleh Mesir.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan pada Sabtu turut mengesahkan bahawa Tel Aviv telah mengemukakan respons terhadap cadangan perantara dengan versi alternatif yang diselaraskan sepenuhnya dengan Washington, tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Pada 18 Mac lalu, tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza, membunuh lebih 920 orang dan mencederakan lebih 2,000 yang lain, sekali gus menjejaskan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang telah dipersetujui sebelum ini.

Sejak Oktober 2023, lebih 50,200 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza, manakala lebih 114,000 lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan