VIENNA, 30 Mac: Seorang pemain di Austria memenangi hadiah terbesar dalam sejarah loteri Euromillions, berjumlah €250 juta (US$270 juta) dalam cabutan pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Identiti pemenang bertuah itu tidak didedahkan oleh Austrian Lotteries dalam pengesahan kemenangan pada Sabtu.
Kemenangan ini mengatasi rekod cepumas Euromillions sebelumnya sebanyak €240 juta yang dimenangi pada Disember 2023, juga oleh seorang pemain di Austria. -TVS