Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam. Foto media sosial

Kereta terbakar dipercayai akibat mercun

ByBernama

IPOH, 29 Mac: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbakar di persimpangan lampu isyarat akibat mercun yang disimpan dalam but kenderaan itu, di Bukit Permata, Lumut, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan berkata kejadian menimpa kereta jenis Proton Gen-2 milik mangsa berusia 24 tahun itu berlaku kira-kira 5.30 petang.

“Siasatan mendapati sebelum kebakaran berlaku, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan. Ketika cuba menghidupkan semula kereta, mangsa ternampak kepulan asap keluar daripada bahagian tayar belakang sehingga mengeluarkan api.

“Pemandu juga menyatakan bahawa ada meletakkan mercun untuk digunakan semasa hari raya dalam but kereta tersebut,” katanya.

Hasbullah berkata orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Terdahulu video kebakaran tersebut tular di media sosial memaparkan sebuah kereta terbakar diikuti letupan dan asap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan