Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis. Foto hiasan Envato

Penumpang bot ekspres hilang selepas jatuh ke dalam sungai di Tanjung Manis

ByBernama

SIBU, 29 Mac:  Seorang penumpang bot ekspres hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika insiden yang berlaku di muara Sungai Paloh, Tanjung Manis, kira-kira 104 kilometer dari sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Awang Indera Awang Mahmud, 45, dilaporkan terjatuh dari bot ekspres berkenaan kira-kira 1.20 petang.

“Sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang, pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya 25 kilometer,” katanya dalam kenyataan lewat petang hari ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa akan dilakukan esok berikutan keadaan gelap. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan