Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilfred Yap hadir pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025. Foto Suara Sarawak

Keselamatan jalan raya tanggungjawab semua

KUCHING, 29 Mac: Keselamatan jalan raya bukan tanggungjawab agensi penguatkuasa semata-mata namun ia turut bermula dengan diri sendiri.

Memetik laporan Suara Sarawak, ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata, waspada diri ketika berada di jalan raya adalah penting dalam memupuk budaya pemanduan bertanggungjawab.

“Memandu bukan hanya untuk diri anda tetapi untuk setiap ibu bapa, adik-beradik, insan tersayang dan rakan-rakan yang sedang menanti kepulangan anda.

“Marilah kita meraikannya dengan penuh tanggungjawab, memastikan perjalanan pulang adalah seindah destinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 di stesen minyak berhampiran Taman Hui Sing, hari ini.

Wilfred menjelaskan, program anjuran bersama Persatuan Kebajikan Pengguna Sarawak dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat N12 Kota Sentosa bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya semasa musim balik kampung bersempena Aidilfitri.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.

Wilfred turut mencadangkan agar orang ramai mengambil langkah berkongsi tugas memandu untuk mengelak keletihan yang boleh menyebabkan kemalangan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan