Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rumah panjang 17 pintu di Selangau terbakar

SELANGAU : Sebuah rumah panjang 17 pintu yang beralamat Rumah Panjang Una Anak Tutong Nanga Duat nyaris musnah dalam satu kebakaran semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.54 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati api masih marak dan membakar bahagian stor dan dapur pintu 12 dan 13 di kediaman tersebut.

“Stor itu terbakar 100 peratus manakala kebakaran telah memakan 20 peratus struktur rumah panjang,” satu kenyataan menyebut.

Pihak bomba memadamkan api kebakaran menggunakan sumber dari pili bomba yang terletak 50 kaki dari rumah panjang terbabit.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan