Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden PDP, Dato Henry Harry Jinep ketika ditemui di Rumah Panjang Velly Rabong Ulu Skrang, Engkilili pada Jumaat. Foto TVS

PDP pertahan semua kerusi pada PRN-13

ENGKILILI, 29 Mac: Parti Demokratik Progresif (PDP) akan mempertahankan kesemua kerusi milik parti itu pada Pilihanraya Negeri Ke-13 (PRN-13) akan datang.

Naib Presidennya, Dato Henry Harry Jinep berkata, mana-mana parti bukan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berhasrat bertanding di kawasan milik PDP adalah dianggap sebagai lawan.

“Bagi saya bagi pihak GPS, PDP ingin memberitahu yang GPS akan mempertahankan ke semua 72 kerusi pada pilihanraya akan datang. Mana-mana parti dari luar GPS adalah merupakan lawan bagi kuta pada masa itu nanti dan kita akan serahkan kepada pengundi untuk menentukan keputusan.

“Pengundi di Sarawak pasti sudah lebih memahami parti mana yang harus mereka sokong pada PRN nanti kerana hanya GPS yang betul-betul menjaga hak Sarawak ketika ini,” katanya.

Beliau juga ADUN Tasik Biru, berkata demikian mengulas desas desus bertiup kencang mengatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berminat untuk menghantar calon bertanding di kerusi piliharaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili dan Ba Kelalan pada Jumaat.

Katanya, PDP sebagai sebuah komponen dalam GPS akan turut serta mempertahankan ke semua 82 kerusi milik GPS sepertimana kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum ini.

Untuk rekod, kerusi Engkilili dan Ba Kelalan kini diwakili oleh Dr Johnical Rayong Ngipa dan Baru Bian daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) selepas Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan