Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Timbunan sampah di Gaza ancam nyawa – UNRWA

ByBernama

NEW YORK, 28 Mac: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) memberi amaran mengenai timbunan sampah yang semakin kritikal di Gaza yang membahayakan kesihatan awam dan nyawa penduduk, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan di platform X pada Jumaat, UNRWA menyatakan ramai penduduk Gaza terpaksa tinggal di khemah yang dikelilingi timbunan sampah.

Agensi itu menambah krisis sampah yang semakin serius itu memburukkan lagi cabaran alam sekitar dan kesihatan, menjadikan situasi kemanusiaan rakyat Palestin yang sudah sedia sukar menjadi lebih berbahaya.

Pada Khamis, Pesuruhjaya Agung UNRWA Philippe Lazzarini mengesahkan tiada bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza sejak lebih tiga minggu – tempoh paling lama tanpa bekalan sejak permulaan operasi tentera Israel 18 bulan lepas.

Lazzarini menekankan keperluan mendesak untuk Israel mengangkat sekatan, membuka semula pintu sempadan bagi membenarkan aliran bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial, menghentikan serangan udara serta memulakan semula gencatan senjata di Gaza.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan